assalamualaikum n hye :) . oppps wait for a second . sebelum baca nie . sila baca yang pagi yang gelap part 1 :) . baru best :D . okey continued ... lalu , seperti itik keluar pagi kami berbaris ke dewan kampus sebagai budak baru . ikut aje lah apa orang suruh . kalau melawan nanti tuduh gangster kampung . ikut kan nak aje aku sambung tidur dalam almari biar orang tak perasan . sampai kat dewan barulah kami berasa indahnya dunia ciptaan tuhan ni . baru nampak budak budak siswi yang pakai baju hijau dan comel comel . tapi jangan pandang pandang . senior senior dah usha . lagi pon datang sini nak dapat ijazah bukannya azizah . kalau dapat tu bonuslah. malas aku nak cerita apa yang berlaku dalam dewan . yang aku tahu lepas sorang , sorang naik bagi ucapan lepas tu pakat tepuk tepuk tangan . petang tu masa aku dan wawi balik dari dewan . elok je tengah turun bukit tonggek (ini nama dapat pasal siapa yang naik bukit ni mesti kene tonggek) . tiba tiba ada seorang mamat dah salah percaturan bawak motor masuk parit . jadi kami yang mengamalkan nilai murni (memang tak ada orang lain selain kami) tolong lah mamat tu. inilah budaya kampus ni . ada motor bawak tak ingat . cuba bagi kat aku tengok macam mana aku bawak . sama gak kot rasanya . nak marah anak orang . nak bagi nasihat tengok dah macam bapak orang . lantak pi lah lagi pon dia calar balar aje . tak ada luka dalam, lepas tolong lebih kurang . kami balik bilik . malam ni kami ada pulak perjumpaan dengan senior senior dan super duper senior . mengikut mitosnya yang kawan aku dok nyibok cerita , perjumpaan macam ni lah masanya senior senior ni nak dera budak budak junior . ni semua nak balas dendam apa yang dorang pernah kena masa junior dulu . benda ni dah jadi turun menurun dah . ikut kata wan . housemate aku ada yang sampai kena conteng conteng muka , bakar bakar betis . betul ke atau skandal semata mata ? senior senior aku ni kalau diikitkan memang terkenal dengan brutal nya . nak kan diaorang sorang je pakai baju gelap patu buat muka ala ala takde perasaan gitu muka je brutal padahal dorang ni saja je nak tunjuk kuasa depan budak baru . niat sebenar nak mengurat freshie , tahu dah . maklum lah kalau dah bertahun belajar kat sini dan masih tak ada couple . kira macam malam ni malam nak cari jodoh lah . berdasarkan cerita budak budak ni . ketua mereka memang brutal . tak boleh blah punya . lelaki ke perempuan ke semua dia boh sama rata . memang boleh buat orang nangis sampainak telefon mak bapak suruh datang ambil . tiba tiba pintu bilik tempat pertemuan dibuka . ketuanya dah sampai . orang nya memang ganas gile . muka benhis dan badan penuh calar balar . siap bertampal luka luka lagi . calar balar ? luka ? ni bukan mamat kite tolong jatuh motor petang tadi ke ? tanya wawi kat aku . maka malam tu aku tak tahu pon apa yang jadi pada budak budak junior kena induct dengan abg dan akak senior . yang kami tahu cuma keenakkan burger ayam . kerangupan kentang goreng dan kekarbonatan air soda . hilang sebu makan roti pagi tadi . terima kasih abang fazli yang kecualikan kami dari induction . jasamu tetap ku kenag . the end :) . cerita ni saya ambil dari sebuah buku . macam best je cerita so saya kongsi . cerita ni tak ada kaitan pon dengan sesiapa yang hidup atau pun meninggal dunia . selamat membaca . enjoy it :D
No comments:
Post a Comment